Nuffnang

Saturday, December 20, 2014

Pengalaman Pertama Membeli di ZALORA

Ekceli..dah lama tingin nak sopim di Zalora.. Tapi, memandangkan aku xde kad kredit (ku fikir 1 method payment only), aku pendamkan perasaan itu.. Then, ada satu hari tu, tetiba pintu umah aku diketuk..ada pacel katanya dari Zalora.. aku memang terkejut bangat lah sebab aku tak pernah sopim di Zalora..Ropenya tersalah rumah..sebenarnya rumah itu nombor 6 dan aku adalah 8. Mungkin despatch tu kmpius sikit..
Bila jiran aku keluar, aku nampak dia membuat pembayaran dan terus membuka parcel tersebut. So,kami boraklah pasal Zalora then aku tanya dia, "Mengapa bayar cash?" Jiran aku explain yang sebenarnya Zalora ada menyediakan COD..What??? Aku tak tahu langsung pasal ni..
Apalagi, aku terus bukak web www.zalora.com.my dan terus menggodek apa yang patut.
Sebelum tu aku ada baca blog..macam2 cerita aku dengar pasal Zalora esp cerita yg kurang menyenangkan.

Hokay!
Apa kata kita try & error.. Setelah seharian aku menggodek, akhirnya aku memilih untuk membeli blouse dari Ethnic Chic yang berharga RM39.00. Kos delivery adalah RM5, murah bukan? Tetapi jika kita membuat pembelian RM75.00 ke atas, penghantaran adalah percuma. Ini sudah baik.
Proses, daftar dulu di Zalora dan pihak Zalora setangkas mungkin membalas emel yang menyatakan pendaftaran telah diaktifkan. Siap dapat voucher RM20 lg tu... TQ Zalora!



Kemudian pilihlah apa yg kita nak..add to bag..pastu bila dah selesai, kita tekan checkout utk buat pembayaran..sila masukkan nama, alamat, cara pembayaran yg betul yea. Anda boleh membuat 5 cara pembayaran iaitu COD (Cash on delivery), debit/credit card, online banking, paypal dan cdm/atm. So pilihlah yg mana berkenan. Sila masukkan kod promo jika ada untuk harga lbh jimat yea.


Then, tak lama selepas itu, pihak Zalora akan menghantar emel menyatakan confirmation order. Belum habis lagi tau..


Selepas itu, pihak Zalora akan menghantar satu lagi emel menyatakan barang yang kita beli sudah dihantar..SHIPPING! Yahhooooooooooooo!!


Pihak Zalora akan menyatakan nombor parcel dan syarikat penghantaran, sekaligus kita boleh menyemak melalui web ini. Macam aku, Zalora menggunakan perkhidmatan Taqbin. dari sini bolehlah kita menyemak status barang tu bergerak..
Esoknya Alhamdulillah barang terus sampai..Ai, x sangka pulak..Ropenya sangkaan buruk aku terhadap Zalora terus hilang.. terbaikkkk...

Ini yg aku order :-


Exactly dapat yg sama 100 %. Cuma bila aku pakai ngape x selawa model yea...hahahaha
Nangis!!


Then, pihak Zalora juga ada menyediakan kemudahan untuk return kembali barang jika kita mempunyai masalah dgn brg berkenaan.. Aku rasa aku x memerlukannya kerana barang yg sampai adalah 100% apa yg aku nak. So, forget bout it ! Pihak zalora juga akan menghantar newsletter, discount voucher utk kita..Tq Zalora.!!


Next, nak beli apa yea???








Tuesday, December 2, 2014

Raya Celebration 2014










Percutian Bajet Ke Melaka



Sebenarnya dah lama plan nk gi Melaka ni. Ni baru berkesempatan. Kami p 12 April, hari Sabtu. Sebelum tu dah carik hotel yg bajet2 gitu. Hihihi.. Kedekut tak kami??
Kami decide nak c in di Lavender Guesthouse. Bagi aku..huhu..mcm tak recommended sgt lah sbb..kene naik tangga, xde towel, kebersihan tu kureng.. pendek kata..mmg x puas hati lah. Harga sblm sampai lain, lepas sampai dh jd lain.. Tp pkara2 mcm ni aku dh blh expect dah sbb nama pun guesthouse.. Eeeeeiii..ngeri..Sebenarnya boleh je nak report kat boss dorang. tapi malas..lantaklah. Kita datang nk berjalan kan..mls nak spoilkan mood ni..
Kami gerak dlm pukul 12tgh dr Semenyih..sampai di Bandar Hilir, putar2 cari carpark. memang payah betul lah.. Akhirnya kami park kereta di bawah Hard Rock Cafe. Park je..masoknya belum mampu..
Then kami lepak tepi Sungai Melaka tu..my soul punyerlah hepi..lepak makan cendol, nasik lemak..Walllaaaa..
Kedian jalan2 sekitar bangunan merah tu..igt nak naik beca, tp rasa mcm mahal lak. Maklumlah ni kan pcutian ala2 bajet gitu..kikiki






Plan nak jalan2 jer, kemudian Fendy ajak panjat Bukit St Paul tu..Biar betul..Aku punya kaki dahlah x berapa nak stabil..Huhu..Alignment dah lari, balancing xtahu ke mana..Haha
So, kami panjat jerlah..aku igtkan my soul x larat..ropenya dia yg plg laju..Aku sampai nsb baik x semput..Huhu..Then masa nk trn, my soul buat hal. Dia xnak jalan..Tpksalah ayahnya mendukung baby tua ini yg beratnya dlm 25kg..Hahaha..




Lps amik kete,kami berpusing2 cari hotel ni..ropenya btl2 depan Menara Taming sari, shoplot. Tempatnya memang strategik. Tapi, as I told lah kan.. Depends kpd nasib.. xsemua htl bajet itu x bagus kan.. 
Bilik dlm htl ni just kaler pepel..Dinding,langsir,cadar.. "Lavender" kan...
(Ihsan google..xde mood nk amik gambar)





Lepas mandi ape semua,kami plan nk mkn ikan bakar yg pemes di Umbai. Dah lama nak pergi sana. sebelum sampai tu tau tak..kami sesat punyalah lama2..Last2 jumpa tpt yg sama sampai dah nk giveup. Akhirnya kami follow jer signboard ke Muar..baru jumpa..Itupun banyak bertanya org dan bantuan kawan, Fazlin Azira yg dok kat sana. Igtkan nk jumpa dia tp x sempat.
Sampai di Umbai..mcm x expect lah..Igtkan Umbai ni luas..tepi pantai..ropenye tmpt dia biasa jer..mcm tepi kuala jer..


Kami memilih Kedai Ikan Bakar Parameswara.. harga serius murah..Murah giler berbanding Bagan Lalang..Total kami makan malam tu utk dua org tak sampai RM50.00. Kira murahlah kan. Kalo ikutkan kesedapan tu, mmg x boleh nak lawan seafood di Kota Kinabalu, Sabah. Kat sana memang terbaeeek..





Lepas mkn kami balik ke Bandar Hilir. Nak naik ke bilik, mcm malas jer..kami melepak kt depan Menara Taming Sari ni.. Then,my soul dok merengek nak naik beca..apolagi..3 beranak naik beca..rasenya semput org yg kayuh beca tu..Wakaka..Harga boleh tawar menawar..x silap kami naik tu dlm RM25 untuk 1 pusingan..



Then, balik Zzzzz. Esok kami sdr lewat dlm kul 12, terus checkout dan trs balik sbb Fendy ade call dr opisnya. Plan nak naik Menara Taming Sari & boat tu hari ni.. So, next time lah yea..
Will come again..miss u Malacca!!

Bandung Part 3 (Lone Ranger) -Lastday

Aku bangun awal pagi, plan nk ke Pasar Baru lagi. Sebenarnya aku byk kerja yg pending ni. Cthnya, ntah mcmana aku lupa nak checkin trs flight ke KL. Aku ade bc blog yg cakap, kalo international, kena c in awal..adoii..careless betul aku ni..bak kata dlm bahasa Kelate "maknga".
Brg yg aku beli pun aku x ambil semalam, hrni br aku nak ambil..Mandi, bersiap terus bersarapan. Free hokay..nampak jer simple, tp oklah.. masa sarap ni tjumpa couple dr Malaysia. Dorang minta aku snapkan gambar drg. Yelah..zmn skang kan gambar tu penting. Nak ltk d FB, Instagram, bla,bla..



Lepas breakfast, aku nekad nk jalan kaki ke Pasar baru.. Then, lepas checkout, aku meneruskan niat aku yg ikhlas suci dan murni tu..ropenya xdelah jauh sgt..


Nak cross jalan Ya Ampun,memang payah gila..akhirnya ade srg polis menolong aku..mase tu ramai sgt polis kat satu kwsn ni..aku x tahu apa yg dorang buat..Tapi serius..polis kat sana tampan,segak,hensem gila...cukup!
Then naik jambatan..ni pmdgn kiri dan kanan..kene cross railway railway ropenyer. Aku blh nmpk Kartika Sari yg aku p semalam dr sini..Dekat jer, dah nampak Pasar Baru dr jambatan tu. Selepas turun jambatan ni..hadoi, nk cross jalan payah jugak..aku nekad lari jer..giler ar..mmg giler!



Naik kejap pusing2 Pasar Baru, aku diekori beberapa peniaga jalanan kat sana.. Ya Allah, aku mmg kesian tgk muka drg..Drg merayu2 aku soh beli brg yg drg jual..Drg follow sampai sudah.. Ada yg meminta sedekah..mcm2 betul lah..Sabar jerlah.





Aku pergi sekali lg Kak Fei tu. Aku cakap aku nk cepat sebab aku x checkin lg. Aku pun kmpius psl jam..sbb aku rasa aku x setup pun jam. Tapi husband Kak Fei cakap, otomatik jam di handset akan tertukar dgn sdrinya..Ooooo..baru ku tahu.
Then aku amik taxi ke airport dan terus checkin.. Korang tahu, aku smpai di airport kul 1300 dan flight aku kul 1830..hahahahaha..Sebab tu aku cakap,ini kerja gila..nmpknya aku terpksa jd org pelarian lg d airport.



Sampai sana, kene wrap beg..harga aku lupa tp dlm RM10 kot duit kita. Then, kau mghabiskan sisa rupiah..makan nasi..lapar woo..nasi ayam penyet dan coke! Sdp giler..



So,aku melepak lah di airport..bagus aku kan..international plug x beli.. kira mmg gamble betul lah aku ni..battery hanya 1 bar jer..hebat x..jgn tiru aksi ini di rumah yea..




Lbh kurang 1815 kami terbang balik ke Malaysia.. Sebelum tu mcm biasa lah..kene beratur di imegresen..sblm brts pstikan kita mbyr cukai sbyk 75000 rupiah..kalo x jgn hrp korang nk lepas dr checkpoint tu.. Eh eh..asal aku dok di lane tu,lane tu yg aku nmpk slow..alamak..jodoh aku panjang btl..skali lg aku terjumpa pgawai imgresen yg hrtu...hahaha..senyuman manis dia tu mmg x boleh blah..rasa nk gugur jantung.Kikiki


Bye2 Indonesia!