Pengalaman Pertama Membeli di ZALORA

Ekceli..dah lama tingin nak sopim di Zalora.. Tapi, memandangkan aku xde kad kredit (ku fikir 1 method payment only), aku pendamkan perasaan itu.. Then, ada satu hari tu, tetiba pintu umah aku diketuk..ada pacel katanya dari Zalora.. aku memang terkejut bangat lah sebab aku tak pernah sopim di Zalora..Ropenya tersalah rumah..sebenarnya rumah itu nombor 6 dan aku adalah 8. Mungkin despatch tu kmpius sikit..
Bila jiran aku keluar, aku nampak dia membuat pembayaran dan terus membuka parcel tersebut. So,kami boraklah pasal Zalora then aku tanya dia, "Mengapa bayar cash?" Jiran aku explain yang sebenarnya Zalora ada menyediakan COD..What??? Aku tak tahu langsung pasal ni..
Apalagi, aku terus bukak web www.zalora.com.my dan terus menggodek apa yang patut.
Sebelum tu aku ada baca blog..macam2 cerita aku dengar pasal Zalora esp cerita yg kurang menyenangkan.

Hokay!
Apa kata kita try & error.. Setelah seharian aku menggodek, akhirnya aku memilih untuk membeli blouse dari Ethnic Chic yang berharga RM39.00. Kos delivery adalah RM5, murah bukan? Tetapi jika kita membuat pembelian RM75.00 ke atas, penghantaran adalah percuma. Ini sudah baik.
Proses, daftar dulu di Zalora dan pihak Zalora setangkas mungkin membalas emel yang menyatakan pendaftaran telah diaktifkan. Siap dapat voucher RM20 lg tu... TQ Zalora!



Kemudian pilihlah apa yg kita nak..add to bag..pastu bila dah selesai, kita tekan checkout utk buat pembayaran..sila masukkan nama, alamat, cara pembayaran yg betul yea. Anda boleh membuat 5 cara pembayaran iaitu COD (Cash on delivery), debit/credit card, online banking, paypal dan cdm/atm. So pilihlah yg mana berkenan. Sila masukkan kod promo jika ada untuk harga lbh jimat yea.


Then, tak lama selepas itu, pihak Zalora akan menghantar emel menyatakan confirmation order. Belum habis lagi tau..


Selepas itu, pihak Zalora akan menghantar satu lagi emel menyatakan barang yang kita beli sudah dihantar..SHIPPING! Yahhooooooooooooo!!


Pihak Zalora akan menyatakan nombor parcel dan syarikat penghantaran, sekaligus kita boleh menyemak melalui web ini. Macam aku, Zalora menggunakan perkhidmatan Taqbin. dari sini bolehlah kita menyemak status barang tu bergerak..
Esoknya Alhamdulillah barang terus sampai..Ai, x sangka pulak..Ropenya sangkaan buruk aku terhadap Zalora terus hilang.. terbaikkkk...

Ini yg aku order :-


Exactly dapat yg sama 100 %. Cuma bila aku pakai ngape x selawa model yea...hahahaha
Nangis!!


Then, pihak Zalora juga ada menyediakan kemudahan untuk return kembali barang jika kita mempunyai masalah dgn brg berkenaan.. Aku rasa aku x memerlukannya kerana barang yg sampai adalah 100% apa yg aku nak. So, forget bout it ! Pihak zalora juga akan menghantar newsletter, discount voucher utk kita..Tq Zalora.!!


Next, nak beli apa yea???








Comments

  1. ritu kawan saya tersilap tekan add to bag..xpe ke?tpi dia x dftar ape pun lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Allah Maha Pengampun Lagi Mengasihani

Taman Setia Ecohill Semenyih