Percutian Bajet Ke Melaka
Kami decide nak c in di Lavender Guesthouse. Bagi aku..huhu..mcm tak recommended sgt lah sbb..kene naik tangga, xde towel, kebersihan tu kureng.. pendek kata..mmg x puas hati lah. Harga sblm sampai lain, lepas sampai dh jd lain.. Tp pkara2 mcm ni aku dh blh expect dah sbb nama pun guesthouse.. Eeeeeiii..ngeri..Sebenarnya boleh je nak report kat boss dorang. tapi malas..lantaklah. Kita datang nk berjalan kan..mls nak spoilkan mood ni..
Kami gerak dlm pukul 12tgh dr Semenyih..sampai di Bandar Hilir, putar2 cari carpark. memang payah betul lah.. Akhirnya kami park kereta di bawah Hard Rock Cafe. Park je..masoknya belum mampu..
Then kami lepak tepi Sungai Melaka tu..my soul punyerlah hepi..lepak makan cendol, nasik lemak..Walllaaaa..
Kedian jalan2 sekitar bangunan merah tu..igt nak naik beca, tp rasa mcm mahal lak. Maklumlah ni kan pcutian ala2 bajet gitu..kikiki
Plan nak jalan2 jer, kemudian Fendy ajak panjat Bukit St Paul tu..Biar betul..Aku punya kaki dahlah x berapa nak stabil..Huhu..Alignment dah lari, balancing xtahu ke mana..Haha
So, kami panjat jerlah..aku igtkan my soul x larat..ropenya dia yg plg laju..Aku sampai nsb baik x semput..Huhu..Then masa nk trn, my soul buat hal. Dia xnak jalan..Tpksalah ayahnya mendukung baby tua ini yg beratnya dlm 25kg..Hahaha..
Lps amik kete,kami berpusing2 cari hotel ni..ropenya btl2 depan Menara Taming sari, shoplot. Tempatnya memang strategik. Tapi, as I told lah kan.. Depends kpd nasib.. xsemua htl bajet itu x bagus kan..
Bilik dlm htl ni just kaler pepel..Dinding,langsir,cadar.. "Lavender" kan...
(Ihsan google..xde mood nk amik gambar)
Lepas mandi ape semua,kami plan nk mkn ikan bakar yg pemes di Umbai. Dah lama nak pergi sana. sebelum sampai tu tau tak..kami sesat punyalah lama2..Last2 jumpa tpt yg sama sampai dah nk giveup. Akhirnya kami follow jer signboard ke Muar..baru jumpa..Itupun banyak bertanya org dan bantuan kawan, Fazlin Azira yg dok kat sana. Igtkan nk jumpa dia tp x sempat.
Sampai di Umbai..mcm x expect lah..Igtkan Umbai ni luas..tepi pantai..ropenye tmpt dia biasa jer..mcm tepi kuala jer..
Kami memilih Kedai Ikan Bakar Parameswara.. harga serius murah..Murah giler berbanding Bagan Lalang..Total kami makan malam tu utk dua org tak sampai RM50.00. Kira murahlah kan. Kalo ikutkan kesedapan tu, mmg x boleh nak lawan seafood di Kota Kinabalu, Sabah. Kat sana memang terbaeeek..
Lepas mkn kami balik ke Bandar Hilir. Nak naik ke bilik, mcm malas jer..kami melepak kt depan Menara Taming Sari ni.. Then,my soul dok merengek nak naik beca..apolagi..3 beranak naik beca..rasenya semput org yg kayuh beca tu..Wakaka..Harga boleh tawar menawar..x silap kami naik tu dlm RM25 untuk 1 pusingan..
Then, balik Zzzzz. Esok kami sdr lewat dlm kul 12, terus checkout dan trs balik sbb Fendy ade call dr opisnya. Plan nak naik Menara Taming Sari & boat tu hari ni.. So, next time lah yea..
Will come again..miss u Malacca!!
Comments
Post a Comment