Review : DIANA
Aku memang teruja lah bila tahu filem ni kuar, terus aku langgan kat Astro First tu.. Aku ni sebenar 1 di antara peminat Puteri Diana. Nak tahu tak, aku minat sgt kat dia SELEPAS dia meninggal setelah terbunuh dalam satu kemalangan bersama teman lelakinya Dodi Al-Fayed. Kebetulan, Ummi aku memang minat kt Puteria Diana since thn lahir dorang pun sama.. My Ummi jgk sering berambut pendek ala-ala Puteri Diana ni..mase tu aku x amik port sangatlah..
Comey kan fesyen rambut dia...
Comey kan fesyen rambut dia...
Nanti aku citer di next entry pasal biodata dia yea..ni aku nak review pasal filem dia..Diana..
Mase tua ku nengok sesorang di suatu tempat..Ya Allah, mengalir air mata melihat realiti kehidupan org yg popular..mewah,glamour tetapi hidupnya sentiasa berhadapan dengan cahaya lensa kamera.. Sedih kan!
Filem ini diarahkan oleh Oliver Hirschbiegel pada tahun lepas. Naomi Watts memegang watak sebagai Puteri Diana dan Naveen Andrews memegang watak sebagai Dr. Hasnat Khan. Filem ini berkisar tentang Puteri Diana yang jatuh cinta dengan seorang doktor pakar bedah dari Pakistan selepas perceraian dengan Putera Charles.
Di dalam filem ini, kisah bagaimana mereka menjalinkan hubungan amat unik sekali. Pada mulanya mereka menyelindungkan kisah percintaan mereka, lama kelamaan media dapat menghidu kisah cinta mereka. Dr Hasnat Khan memang sudah menjangka perkara ini berlaku dan dia amat marah sekali. Selepas Dr. Hasnat menyatakan kemarahan, Puteri Diana memberitahu media massa yg mereka tidak bercinta dan itu hanya gosip. Tetapi, sekali lg Dr Hasnat menjadi marah.
Selepas berdamai, Puteri Diana dengan keseriusannya, telah berjumpa keluarga Dr. Hasnat di Pakistan. Penerimaan dari keluarga Dr. Hasnat amat baik kecuali penerimaan ibu Dr. Hasnat yg nampak sedikit kurang menerima perhubungan mereka.
Sekali lg percintaan mereka diuji setelah salah seorang keluarga Dr. Hasnat berjumpa dengannya dan menasihati agar menjauhi Puteri Diana.. Konflik bermula, Puteri Diana lari meninggalkan Dr. Hasnat dan menerima pelawaan jutawan Dodi Al-Fayed untuk keluar bersama.
Pada pendapat aku, sebenarnya Puteri Diana hanya nak menjeleskan Dr. Hasnat, kerana Puteri Diana betul2 mencintai Dr. Hasnat..
Akhirnya, Puteri Diana meninggal selepas keluar dari hotel setelah berlaku kemalangan di sebua terowong. Diceritakan dalam filem ini sebenarnya Dr. Hasnat masih mencintai dan berharap untuk bersama Puteri Diana.
Aduhai...sedih aku weh tgk citer ni..menangis..menangis.. Bagi aku,memang meruntun jiwa..tapi org lain x tahulah..Fendy tengok diam jer..mcm xde perasaan. pelik lak aku! Hahahaha
Inilah gambar original Dr. Hasnat yg berjaya mencuri hati puteri dunia, Puteri Diana
Hensem tak? Bagi aku, hensem sesangat..hihihihi
Nanti di next entry aku citer psl biodata Puteri Diana yea....Janji!!
Comments
Post a Comment