Sesape yang berdekatan dengan Semenyih, bolehlah cuba bawak anak2 beriadah di Taman Ecohill di Semenyih ni.. Tetapi ingat yea, masa untuk lawatan hanya sampai kul 6ptg sahaja. Selepas dari utu, Pak Guard akan menutup gate dan kite terpakse mgigit jari saje.. Bile kat dalam tu, hampir kul 7ptg, Pak Guard akan meniup wisel untuk menyatakan waktu beriadah korang dah habis yea. Bermacam aktiviti yang boleh dilakukan selain menemani anak2 bermain di taman permainan yg bagi aku berkonsep ala moden. Semua alat2 permainan di sini moden dan pada pandangan aku, aku x pernah melihat lagi sebelum ini. Selain itu, ramai yg bksempatan berjogging, beryoga dan port baik punye utk para cyclist. Ada bukit yg tinggi boleh didaki kalo korang rajin ler..aku idoklah..baik aku buat taik mate jer..hihi Tandas pun teramat bersih..cuma, ingat yea..xde org jual makanan..kalo lapar pandai2lah korang. Masa aku pergi sana, aku ada nampak ada sekumpulan remaja sedang buat birthday party. Ok jugak tu kan.....